Friday, September 27, 2013

Cerita aku dan UPT test kabur...


Assalamualaikum!

hari neh aku nak bebel panjang. so korunk plzz ready fizikal dan mental, jantung, limpa serta usus kecik dan usus besar korunk erk. sebelum tu, aku nak bagitau yang aku neh sememangnya seorang yang pemalu lagi pendiam. walaupun ramai yang tak percaya dah akan kata aku fitnah diri sendiri tapi tue laa hakikat dia weh. aku pemalu! ewahhh hikhikhikhik.

aku nak share kepada uolssss semua! tentang satu perkara iaitu MENGANDUNG! ewahhh...tapi aku bukan nak share tips, petua kehape benda yang seangkatan dengannya. sebab aku pun tak tahu. hikhikhik. aku nak citer aku punya cerita laaa. huhu. 

kisahnya bermulaaa...
25 Ogos 2013 (ahad) masa tuh aku ada kat sekolah. tetiba aku rasa macam semacam. aku pun g toilet! then...dengan perasaan hampa aku buat pengumuman kat diri sendiri. AKU PERIOD! pelik kan?? aku baru lebih kurang 3 bulan jerk nikah. patutnya aku tak payah nak kecewa bagai laaa kan?? yer laaa baru lagi..lagipun aku dengan hubby aku PJJ...so, faham2 laaa :P tak faham sudah! keh2

hari pertama (25/8/13)berlalu seperti biasa...
hari kedua berlalu (26/8/2013)...dengan agak mengejutkan...
hari ketiga (27/8/13) terus aku pengsan! hihi aku tipu...

aku dah pelik. kali neh period aku tak macam selalu. tiada darah merah. coklat! tu pun sikit sangat. 2 hari jerk pulak tuh. pelik! amenda plak neh?? aku pun terus tanya kat pak cik google. jawapan pak cik google mendebarkan aku.

darah coklat yang alami itu mungkin implination bleeding iaitu tanda2 orang PEKNEN!!

yeke??
betul ke??
tak mungkin laaaa!!!???

Tak puas hati...
aku buat UPT
Hasilnya?? huh!
tak ada pun 2 line! 1 line jerk yang nampak. sib bek tak kuar 3 line. eh. hukhuk. ampunnn.
aku buang UPT tu dalam tong sampah pastu aku terus berkira2 nak tido untuk merawat rasa kecewa dengan penipuan pak cik google. tapi ntah kenapaaaa...mata tak leh nak lena. naluri keibuaan aku neh semacam jerk. aku p kat tong sampah dalam bilik aku then kutip balik UPT tadi. 

eh????
biar betul???
betul ke neh???

dua line!!!
tapi line yang satu lagi tersangatlahh kabur.
ke mata aku yang tak betul???

dalam keadaan sewel. terkejut cmpur teruja nak tahu amenda semua neh. aku pun tanya lagi pak cik google tentang UPT yang kabur. dia cakap PEKNEN lagi! eh?? dua kali dia cuba nak tipu aku neh.
tak puas hati. esok aku bawak aku punya UPT tue ke sekolah (28/8/13). aku tunjuk kat seorang kakak neh. 
kecewa! jawapan akak tue...
"kalau macam neh..belum lagi sue..bukan dia neh.."

owhh? erkk...aku kena tipu lagi dengan pak cik goooooogleeee!!! hishhhhh. geram!!
tapi aku neh tak puas hati lagi. tak puas hatiiii!!
pada hari yang sama 28/8/13, tarikh due  period aku yang sepatutnya, aku beli UPT yang digital punya. CLEAR BLUE. tengok?? tak sabar kan aku?? orang lewat period seminggu dua minggu baru cek. aku tak lewat lagi pun dah kalut nak cek. pastu pelik pulak line kabur laaa amenda laaa. hihihi.

aku p beli dengan kawan aku malam tuh. kawan aku tue beriya pesan. besok pagi baru cek. orang kata ayaq kencing yang pertama tuh lebih elok. aku pun cakap dekat dia. sekang neh, aku asyik bangun jerr kencing malam. aku pun dah tak tau ayaq kencing aku yang pertama bila. hahahha. sewel kan?? padahal dalam hati. aku tak kira aku nak cek malam neh jugak2. hihihi

tak peduli. balik2 rumah aku terus jerk g toilet. aku duk dalam toilet sambil jantung aku DUP.DAP.DUP.DAP. hihihi. senget!! pastu tak sampai beberapa minittt!!

jenggg!! jengg!! jengg!!!
dia tulis...
hurmmm...



PREGNANT
1-2

maksudnya pregnant 4 minggu!!!
hoorayyyy!!!
hahaha pastu aku pun kalutttt upload benda alah tuh kat fb hubby aku melalui chat. hihihi. tahu apa respon dia??? 

amenda tuh??

cisss... huhuhu

belum tamat lagiiii...esoknya aku pun kalut p klinik swasta nak sahkan benda tuh. sebab takut jugak kan??tersalah ke hape ke.. aku buat UPT test sekali lagi kat klinik. sorang staff klinik neh yang tolong buatkan. tahu dia kata apa masa bagi UPT tu kat doc??

"tak ada pun!" dia letak benda tu dan terus berlalu. bayangkan perasaan aku?? tercalar. terguris. macam kena hempap dengan pokok semalu. doc yang mungkin faham perasaan aku pun cakap. "dia lambat sikit. kita tunggu dulu...air kencing petang memang laa.." dengar doc cakap macam tuh. terpujuk sikit hati aku yang calar balar tadi. lama2 ha!! memang ada dua line. cuma line kedua tu agak kabur. nak jaaa aku tempek UPT tue kat muka staff tadi. hihihihi. kejammm...

doc pun cakap " haaa tu ada dua line, cuma kabur..biasalahh tuh baru lagii kalau ikutkan pun baru lewat sehari kan...hormon HCG tue masih rendah. kalau nak scan sekang pun tak nampak lagi. tak per saya bagi ubat dulu. nanti datang scan pulak" huhuhu lembut jaaa doktor tue...memahami...aku pun sengeh2. malu2 kucing. malu sebab baru sehari dah gila kalut p cek. hahahaha. 

TAMAT!

* aku  share sebab aku yakin ramai wanita yang baru kahwin cam aku mesti google cari pengalaman rakan2 yang lain bila peknen pertama neh. hihihi. alhamdulilahhh...aku dah  2 bulan! tolong doakan aku ya... haaa..nanti aku share tanda2 yang aku alami masa peknen neh! huhuhu.



Monday, September 23, 2013

my hubby vs my daddy = peti ais


Assalamualaikum!


CeRita nya macam neh...
malam tue, aku sibuk bergayut dengan hubby. pot pet punya pot pet tetiba hp dia yang lagi satu berbunyi.
dia pun angkat HP sambil aku dengar dia cakap "sapa neh?"

aku terus pasang telinga. aku dengar hubby aku cakap macam neh..

"hah?? apa dia?? sapa neh??.........................neh shidi neh, shidi...shidi....shidi suami sue! then...bla...blaa...boleh abah...boleh! nanti sy support"

okay. fine. maknanya abah aku yang kol. bgitahu pasal pertandingan mancing kat sini. tapi yang pelik. mana abah aku tahu no hubby aku?? al maklum laaaa abah aku neh suka bertukar hp jadi banyak no2 dia pun hilang ntah kmana. pelik! lepas tue, hubby aku pun mulakan cerita...

kata dia ...
"ingatkan sapa...abah rupanya...daripada petang tadi duk kol tanya peti ais bila nak hantar. lepas tuh malam neh kata pulak peti ais kecik. peti ais kecik. nak tukar! abg pun pelik...bila abg jual peti ais?? peti ais kecik pulak tuh...lepas tuh dengar suara pulak macam pernah dengar...tapi kenapalahh orang neh asyik cakap pasal peti ais jerk?? yang lagi tak tahan bila abg kata neh shidi, boleh pulak dia tanya shidi mana neh??? "

aku yang dengar...

hahahahahahhahah pasal peti ais jer pun???
hahahahhaha

boleh pulak abah aku tersalah telefon. pastu tue tertelefon menantu sendiri tanya pasal peti ais. dia ingatkan tauke peti ais tuh. hihihihi. aku gelak terbahak citer kat mak aku.. adoyaiii boleh jadii plakk menantu dengan pak mertua neh. lepas dah termalu salah kol. abah aku terus tukar topik ajak hubby aku g mancing. patut laaa aku dengar dia cakap "boleh!" "boleh!" g mancing rupanya huhuhu...

abah...abah...

hehe
 
HALF EDIT BLOG:jiakreatifelt.com